Prakata: Akhirnya teringin pula untuk 'menghidupkan' semula blog saya. Eh, bagaimana pula dengan perkembangan kajian saya? Bila saya nak mula tulis kertas cadangan kajian ni? FULAMAK.
Untuk nukilan kali ini, saya ingin berkongsi juadah/hidangan berbuka bersempena bulan Ramadhan yang telah saya nikmati sepanjang minggu ini. Saya pasti bahawa perkara yang paling menarik/menakjubkan bagi rakyat Malaysia (tak kira bagi seorang Muslim atau bukan Muslim) sepanjang bulan Ramadhan ialah Pasar Ramadhan! Setiap petang (kira-kira bermula 5 petang), setiap pasar Ramadhan di seluruh pelusuk negara akan dikerumuni pengunjung yang ingin menikmati juadah berbuka yang sedap lagi berlainan terutamanya gerai makanan yang khusus dalam menghidangkan juadah negeri-negeri tersendiri. Saya sendiri juga amat suka menikmati juadah berbuka yang dijual di Pasar Ramadhan.
 |
| Setiap tahun bersempena dengan Bulan Ramadhan, Pasar Ramadhan akan diadakan di sepanjang jalan yang menyusuri pagar hadapan Kompleks Desasiswa RST dan sememangnya pasar ramadhan bukan sahaja menjadi tumpuan warga kampus USM tetapi juga penduduk luar sekitar kawasan Bukti Gambir. |
 |
| Walau bagaimanapun, saya sendiri hanya buat pertama kali untuk tahun ini mengunjungi pasar ramadhan tersebut pada hari Khamis minggu lalu iaitu hampir tinggal seminggu sebelum bulan Ramadhan berakhir dan Hari Raya Aidilfitri menjelang. Bila seseorang tinggal dalam tengah-tengah kampus, memang tidak ingin/malas nak keluar dari bilik! (Taulah, dasar orang malas!) |
 |
| Akibatnya, hampir separuh daripada gerai yang ada telah tutup kerana cuti pertengahan semester yang termasuk Hari Raya Aidilfitri akan menjelang dan semestinya, ramai di kalangan warga kampus memang akan balik kampung. Tertinggallah saya bersama insan-insan kesunyian yang lain di dalam kampus. Haih, tanpa berlengah lagi, marilah kita lihat juadah berbuka yang telah saya nikmati sepanjang minggu ini! |
 |
| Kebab daging! Makanan ringan kegemaran saya tak kira semasa Convex ataupun bulan Ramadhan! |
 |
| Nasi dagang. Nasinya agak berlainan dengan nasi biasa kerana nasinya lebih melekit berbanding nasi biasa (guna beras pulut? ataupun jenis beras lain?) dan dihidangkan dengan kuah sardin dan telur. Yang ni antara juadah yang saya rasa paling best. |
 |
| Keropok lekor. Saya lebih suka keropok lekor yang dihiris nipis kerana lebih rangup apabila digoreng. |
 |
| Haa, yang ni memang tidak boleh dilupakan: Nasi kerabu! Saya tambah Ayam bakar dan daging untuk menjadikannya satu jamuan yang agak mengenyangkan! |
 |
| Air kelapa juga tidak boleh dilupakan! Minuman yang paling baik untuk mengurangkan dahaga! |
 |
| Saya menikmati air kelapa dari kolek besar serbaguna saya! |
 |
| OK, pasembur. Secara jujurnya, saya sendiri tak suka sangat makan pasembur akibat kuahnya yang tidak seberapa sesuai dengan citarasa. Entahlah kenapa otak saya yang rosak ataupun apa, saya pun terbeli pasembur semalam. Pada asalnya, saya nak beli nasi ayam percik tetapi gerai makcik tu dah tutup dengan khemahnya sudah hilang! Berlegar-legar sepanjang pasar ramadhan yang semakin kurang pengunjung, saya pun ingin menjadikan kunjungan saya kali ini berbaloi dengan makanan yang boleh mengisi perut. Mataku pun terhenti pada gerai pasembur, lalu saya pun pilih lauk yang akan dijadikan pasembur nanti. Satu demi satu saya pilih...harganya? RM 10.50!? Adakah patut?! Memang yang lauk saya ambil tu agak banyak, tapi RM 10.50? Lebih baik saya pergi makan McDonald atau KFC! OK tak apa, saya pun balik ke bilik saya lah untuk makan malam. Saya pun letakkan bahan-bahan untuk pasembur dalam pinggan saya. |
 |
| Letakkan hirisan mengkuang dan timun di atas lauk pasembur lalu tuangkan kuah di atasnya. Gaulkan semua bahan bersama bahan dengan sebati... |
 |
| ...jadilah satu pasembur! Kesimpulannya: juadah berbuka saya yang paling tidak berbaloi bagi saya tahun ini. Memang mengenyangkan tapi kuahnya masih memualkan saya. Lebih-lebih lagi, RM 10.50?! Memang lebih baik saya pergi McDonald sahaja! |
 |
| Akibat cuti pertengahan semester, hampir semua gerai makanan di desa dalam kampus telah tutup dan terpaksalah saya mengisi perut saya dengan mi segera Indomie kerana ingin jimat perbelanjaaan di samping malas keluar kampus untuk cari makan. |
 |
| Kolek keluli saya yang serbaguna ini memang boleh digunakan untuk memasak mi segera. Letakkan mi yang kering dalam kolek besi, tuangkan air mendidih dalam kolek tersebut dan biarkan ia rendam selama 5-10 minit. Semasa mi tersebut sedang rendam dalam air, bolehlah tuangkan kicap dan serbuk bumbu perisa dalam pinggan terdahulu. |
 |
| Tuangkan air yang berlebihan daripada kolek tersebut, tuangkan mi tersebut dalam pinggan, gaulkannya dan hasilnya ialah sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuk hari ini! |
 |
| Kadang-kala ada juga kejutan yang menggembirakan bagi juadah berbuka untuk tahun ini (terutamanya jika ia dibelanja oleh orang lain. Terima kasih, Cik Burung Chuah BeeSze~~~): Set Sushi daripada Jusco Queensbay. Yang uniknya, set sushi sebesar ini yang dijual pada harga RM 10! Hanya kerana promosi buka puasa sepanjang bulan Ramadhan! Tunggu apa lagi? Cepatlah kunjungi Jusco berdekatan dengan anda! Bulan Ramadhan tinggal sehari sahaja lagi! |
 |
| Nampak tak betapa berwarna-warni sushi ini! Dan khas untuk set sushi promosi buka puasa ini, dua sushi ala selera Malaysia iaitu daging masak lada hitam (yang hitam dan berada di tengah baris atas) dan juga kari (Yang nampak merah di tepi baris atas! pedas giler!) Memang amat berbaloi sekali jika beli set ini! Tapi Jusco yang paling dekat dengan USM ialah Jusco Queensbay yang masih memerlukan saya untuk menaiki bas RapidPenang. Lecehlah! |
Haih. Sekian sahaja untuk kali ini dan berharap saya dapat mengharungi minggu cuti pertengahan semester ini tanpa mati kebuluran. Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi seluruh rakyat Malaysia terutamanya Muslimin dan Muslimat dan Selamat bercuti bagi warga Universiti Sains Malaysia. Berhati-hati di jalan raya dan jangan termakan juadah Raya nanti! Ahh terleleh air liur saya teringat rendang daging dan kari ayam serta kueh mueh dan kek-kek yang akan dihidangkan semasa rumah terbuka...ada sesiapa yang boleh saya kunjungi untuk mengubati hati saya yang kesunyian kerana tidak balik kampung untuk tahun ini?
Akhir kata: Haih. Tak taulah bila saya boleh tulis lagi masukan blog yang lebih bermakna. Dan bilalah saya ada kemahuan untuk mula menulis kertas cadangan kajian saya. Saya inginkan motivasti dan buah fikiran!!!
No comments:
Post a Comment