Prakata: Meniti detik-detik terakhir "riwayatku" sebelum datangnya "ajal". Padahnya parah, parahnya padah. Lesapnya tanah, serlahnya lesu.
Sungkei k.n. sukuan: Berbuka puasa dalam bahasa Melayu Sarawak. Bersamaan dengan sungkai dalam bahasa Bajau di Sabah.
...tapi kamek sik pandei kelakar bahasa Sarawak. Tedah.
Dengan melabuhnya tirai bulan Ramadan dalam masa sehari lagi, para Muslimin dan Muslimat boleh dikatakan sudah bersedia untuk menyambut kedatangan 1 Syawal yang menandakan berakhirnya Puasa dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Namun bagi masyarakat bukan Islam, bulan Ramadan lazimnya bermaksud peluang keemasan untuk mengunjungi Pasar Ramadan untuk membeli dan mencuba juadah yang tidak pernah dirasai pada hari-hari biasa lalu memperkayakan lagi sajian malam sepanjang bulan Ramadan.
Saya sebagai anak perantauan yang perlu memenuhi perutku yang lapar setibanya waktu makan malam turut mengambil peluang untuk mengunjungi beberapa pasar ramadan sekitar kawasan kejiranan ku sekarang dengan tujuan bersungkei dan sebaik-baiknya mencuba juadah yang aku tidak pernah cubai.
 |
| Pembuka selera bulan Ramadan untuk tahun ini: Roti john yang tidak akan aku lepaskan peluang untuk menjamahnya. Pasar ramadan pertama yang saya kunjungi untuk bulan Ramadan ini ialah Pasar Ramadan Bayan Baru di perkarangan Masjid Bayan Baru. Namun begitu, kunjungi pada hari pertama bulan Puasa ini kurang berjaya kerana saya tiba lewat pada tapak Ramadan iaitu pada 7 petang, hanya 20 minit sebelum berbuka puasa dan para peniaga sudah pun bersedia untuk mengemas tapak gerai mereka sebelum bersolat di Masjid. |
 |
| Masjid USM turut menganjurkan pasar ramadan secara kecil-kecilan di perkarangan masjid dan saya turut mengunjunginya untuk melihat apa yang ditawarkan oleh peniaga (sebahagiannya terdiri daripada siswa sendiri yang masih berada di dalam kampus) di situ. Telah mencuba nasi ambeng + begedil, selera Muar, Johor. |
 |
| Antara pasar ramadan yang paling berdekatan dengan kawasan Sungai Dua terletak di Pantai Jerejak/Sungai Nibong dan untuk kunjungan tersebut, saya telah beli satay ayam dan daging. |
 |
| Berbuka puasa bersama rakan taulan. Yalah, saya tahu tempatnya warung N'Jawi di Plaza Ivory dan bukannya juadah dari pasar Ramadan seperti yang saya uar-uarkan pada perenggan pembuka tetapi apa salahnya kalau saya nak kongsi detik berbuka puasa dengan rakan setelah sekian lama menjamu makan malam secara bersendirian? |
 |
| Kunjungan kedua ke pasar Ramadan Bayan Baru pada masa yang lebih awal ternyata lebih berjaya dengan terbelinya lebih banyak juadah. Di sisi kiri dan kanan ialah roti john dan kebab yang sudahpun menjadi pembelian lazim saya manakala pada sisi atas dan bawah pula ialah pasembur (selera Pulau Pinang) dan kuih akok (selera Kelantan). Pasembur dibeli sebagai ganti makanan ruji seperti nasi. |
 |
| Pada malam Ramadan yang terakhir sebelum menjelangnya Syawal, nasi lemak special dari Pasar Malam Sungai Dua yang berlangsung setiap malam hasi Sabtu. Bersempena dengan malam Ramadan yang terakhir, hampir separuh daripada gerai Melayu yang menjaja di Pasar Malam Sungai Dua sudahpun mula berehat untuk menunggu datangnya Hari Raya Aidilfitri pada Isnin hadapan. |
Demikianlah juadah sungkei yang saya terdaya untuk cubai pada bulan Ramadan tahun ini. Sebagai penutup tirai untuk masukan blog ini...
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Muslimin dan Muslimat.
Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Raya ini dan yang akan datang dicucuri rahmat dan keberkatan serta dipenuhi keceriaan dan kebahagiaan bersama orang yang tersayang.
dan
Selamat Bercuti untuk seluruh rakyat Malaysia di mana jua anda berada tetapi terutamanya di negeri tercintaku Sarawak Bumi Kenyalang, Darul Hana*. (Poetic name in bahasa for Fair Land Sarawak. It was used even during pre-Malaysia days).
Penutup bicara/Afterword: Menadah tangan mengharapkan pembebasan dan kebebasan abadi. Bilakah derita dan duka akan berakhir. Dahagakan mimpi indah tatkala pejamnya mataku.
...and why am I suddenly become poetic in bahasa Melayu anyway? That definitely falls under bajet jiwang.
No comments:
Post a Comment