Untuk masukan kali ini, saya ingin mengetengahkan lagu kebangsaan negara-negara rantau Nusantara (iaitu yang ditulis dalam Bahasa Melayu/Malaysia/Indonesia) iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam.
Malaysia
Negaraku
Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta
Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta
Indonesia
Indonesia Raya
Indonesia, tanah airku, tanah tumpah darahku.
Di sanalah aku berdiri, jadi pandu ibuku.
Indonesia, kebangsaanku, bangsa dan tanah airku.
Marilah kita berseru, "Indonesia bersatu!"
Hiduplah tanahku, hiduplah neg'riku,
Bangsaku, rakyatku, semuanya.
Bangunlah jiwanya, bangunlah badannya
Untuk Indonesia Raya!
CHORUS:
Indonesia Raya, merdeka, merdeka
Tanahku, neg'riku yang kucinta.
Indonesia Raya, merdeka, merdeka
Hiduplah Indonesia Raya! (*2)
Indonesia, tanah airku, tanah tumpah darahku.
Di sanalah aku berdiri, jadi pandu ibuku.
Indonesia, kebangsaanku, bangsa dan tanah airku.
Marilah kita berseru, "Indonesia bersatu!"
Hiduplah tanahku, hiduplah neg'riku,
Bangsaku, rakyatku, semuanya.
Bangunlah jiwanya, bangunlah badannya
Untuk Indonesia Raya!
CHORUS:
Indonesia Raya, merdeka, merdeka
Tanahku, neg'riku yang kucinta.
Indonesia Raya, merdeka, merdeka
Hiduplah Indonesia Raya! (*2)
Singapura
Majulah Singapura
Mari kita rakyat Singapura
Sama-sama menuju bahagia
Cita-cita kita yang mulia
Berjaya Singapura
Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Majulah Singapura
Majulah Singapura
Mari kita rakyat Singapura
Sama-sama menuju bahagia
Cita-cita kita yang mulia
Berjaya Singapura
Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Majulah Singapura
Majulah Singapura
Brunei Darussalam
Allah Peliharakan Sultan
Ya Allah lanjutkan lah usia
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Adil Berdaulat, menaungi nusa
memimpin rakyat,kekal bahagia
hidup sentosa,negara dan sultan
Ilahi selamat kan Brunei Darussalam
Ya Allah lanjutkan lah usia
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Adil Berdaulat, menaungi nusa
memimpin rakyat,kekal bahagia
hidup sentosa,negara dan sultan
Ilahi selamat kan Brunei Darussalam
Antara perkara yang kita boleh perhatikan di sini ialah penyampaian/aturan lagu serta alunan nyanyiannya yang baik, berkesan dan menghayat hati amat penting dalam mengetengahkan kepentingan dan keagungan sesebuah lagu kebangsaan terhadap sesebuah negara dan rakyatnya. Contoh terbaik untuk kenyataan ini ialah lagu Negaraku versi zaman Dr. Mahathir. Jika dibandingkan dengan aturan Negaraku yang digunakan sekarang (dan sebenarnya aturan yang lebih lambat ini ialah aturan asalnya semasa zaman kemerdekaan dan ia kedengaran lebih...agung dan beremosi), ia kedengaran macam lagu sarkas yang buruk dan sememangnya saya langsung tidak bangga dengan Negaraku pada masa itu. Tetapi dengan kembalinya pada arahan asalnya, aku berasa lebih bangga ketika menyanyikan Negaraku.
Penutup: Saat genting semakin menjelang...tetapi kenapa aku masih berasa malas lagi. Timbunan tugasan dah nak runtuh ni! Tolonglah aku!
No comments:
Post a Comment