Saturday, 19 September 2009

[Pengisi] Pilihan Lagu Hari Rayaku.

Prakata: Nukilan ini adalah sekadar pengisi seketika aku menanti inspirasi untuk menulis masukan blog yang lebih bermakna. Lagipun, dah tibanya masa kita semua untuk bersuka ria bersempena dengan musim perayaan ini dan berharap anda semua yang sedang bercuti ini akan terhibur dengan alunan lagu-lagu hari raya dalam blogku!

Oleh kerana Hari Raya Aidilfitri/Eid-ur-Fitr kian menjelang (sebenarnya mulai esok 19 hb September), aku rasa adalah baik jika saya menulis masukan blog yang berkaitan rapat dengan perayaan Hari Raya iaitu lagu-lagu Raya. Lagu-lagu raya yang sebenarnya sudah mula kedengaran sepanjang bulan Ramadhan yang lalu kini menjadi semakin bermakna dengan ketibaan bulan Syawal. Marilah kita bersama-sama menghayati lagu-lagu Raya ketika kita menghabiskan masa yang berharga ini bersama keluarga dan rakan taulan menyambut hari yang mulia ini.



Balik Kampung oleh Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

(ulang dari mula )



Selamat Hari Raya oleh Saloma

(1)
Selamat aidil fitri
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan hari yang mulia ini

(2)
Di masa bulan Ramdan
Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma
Hari raya disambut dengan gembira

(korus)
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak-saudara kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri

Marilah bergembira
Bersama menikmati hari raya
Mintak mak kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong

(ulang 1 & 2 )

Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari raya
Hari untuk kita bersuka ria
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai tahun depan

Selamat hari raya



Suasana Hari Raya oleh Sharifah Aini

Hai selamat hari raya
Kami semua ucapkan
Menikmati hidangan
Yang kami sediakan

Sila jamu selera
Dengan bermacam hidangan
Pilih yang mana suka
Sila janganlah segan

( korus 1 )
Rasalah ketupat ini
Dengan rendangnya sekali
Sudilah rasa kuihku
Pilihlah yang mana satu

( korus 2 )
Hai... di hari begini
Kita menjamu selera
Kita bermaaf-maafan
Di suasana hari raya

(ulang dari mula )(1)



Selamat Hari Raya oleh Fazidah Joned

Aidil fitri hari bahgia
Hari yang mulia
Mohon maaf bersama dipinta
Selamat... Selamat Hari Raya

Sembah salam ayah dan bonda
Ampunkanlah dosa
Hilangkanlah duka dan nestapa
Selamat... Selamat Hari Raya

(korus)
Semoga kita berjumpa lagi
Di hari bahagia ini

Mari teman mari saudara
Kita bergembira
Lupakan hatimu yang duka
Selamat... Selamat Hari Raya

(ulang korus hingga akhir )

Lagu-lagu yang aku pilih ini adalah antara lagu-lagu Raya yang aku paling minat sekali. Kebanyakannya adalah yang agak klasik juga daripada zaman 60-an hingga 80-an. Lagu-lagu raya klasik sebeginilah yang akan tetap diminati semua tanpa ditelan zaman. (Cuma video lagu untuk Balik Kampung tu agak...menarik. Memang sah gaya 80-an!) Mari kita semua nyanyi sama-sama!

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat
(terutamanya rakan-rakan sekelasku dahulu dan sekuliah sekarang!)

Penutup: Ketika percikan bunga api mula dilihat dari jauh, aku duduk di hadapan komputer ribaku bersendirian di kafe desa Tekun menaip masukan blog ini. Udara yang dingin selepas hujan serta suasana desa/kampus yang lengang dan sunyi telah menambah lagi kesunyian yang ku rasai. Ya, saya tergolong dalam kumpulan perantau (seperti semua rakan-rakan dari Malaysia Timur) yang tidak pulang bercuti. Cuma ada seekor kucing nakal sahaja yang menemani ku. Nantikan masukan blog baru yang akan datang. Sedang berada dalam tahap penyusunan semula bahan dan data untuk menulis masukan blog.

Komputer Riba tersayangku

Si anak kucing yang nakal ini sedang memerhatikanku untuk seketika dari meja sebelah.

No comments:

Read More.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...